Wednesday 19 October 2016

Mesyuarat WAR ROOM di Pejabat UBS

Mesyuarat War Room bagi mengemaskini gerak kerja PRU 14 telah diadakan di Pejabat UBS yang di Pengerusi oleh Ketua Penerangan Bahagian En.Ab Aziz Bin Hanipi.

Turut menghadiri perjumpaan ini SUB En.Zawawi Mohamad. Semoga Gerak Kerja yang dijalankan ini memberi kekuatan dalam merampas kembali Selangor.

"BULAT AIR KERANA PEMBENTONGNYA, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKATNYA"







Tuesday 18 October 2016

Monday 17 October 2016

Pelancaran KOSPEN di Kampung Permata Kundang - Oleh YB Datuk Abdul Shukur Bin Hj.Idrus




16/10/2016

Majlis Penyampaian Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) Peringkat Kebangsaan Tahun 2016






Tahniah kepada semua.....tekatkan azam untuk berjaya...

Daftar Pemilih di Bandar Tasik Puteri - Oleh Pergerakan Pemuda UBS

16 Okt 2016, Pergerakan Pemuda UBS mengadakan gerak kerja Daftar Pemilih, Pemilih Baru dan Pertukaran alamat tempat mengundi di Medan Bandar Tasik Puteri.

Sambutan amat mengalakkan dan semoga usaha mencari dan memastikan orang Melayu supaya  sedar samada ianya terdiri dari golongan belia atau sebaliknya,pentingnya hak kita sebagai warga Malaysia.

Harapan, agar usaha ini berterusan serta lakukan yang terbaik memastikan BN pilihan pengundi di PRU ke-14....





Saturday 15 October 2016

Program Ziarah Kasih di DUN Kuang - Pergerakaan Puteri UBS



YB Datuk Ketua Bahagian Hadir Ke Majlis Perkahwinan Anak Ketua Cawangan Rawang Perdana




Terima kasih Datuk.... itulah ucapan yang dilafazkan oleh KC Rawang Perdana, setibanya Datuk KB ke majlis persandingan anaknya yang diadakan di Dewan MPS di kampung Melayu batu 16 Rawang.

Turut hadir bersama Ketua Pemuda Bahagian, SUB, AJK Bahagian dan kehadiran sahabat yang lain sebelum kehadiran YB Datuk KB.

Sama-sama kita berdoa semoga jodoh kedua mempelai ini berkekalan sehingga ke akhir hayat...


Bangkit Selamatkan SELANGOR....

Program Penerangan Selangor, Tawan Selangor edisi 1 di DUN Paya Jaras dihadiri oleh Ketua Penerangan Perhubungan Negeri Selangor dan turut serta Ketua Penerangan UBS, En. Ab Aziz Bin Hanipi.

Semoga langkah ini dapat membuka mata rakyat selangor, di mana slogan kerajaan negeri selangor "negeri berkebajikan" ? .. tetapi malangnya ia sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.



Bangkit rakyat selangor, lakukan perubahan... jangan kita tertipu lagi dengan apa yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri Selangor hari ini. Tiada apa yang dilakukan... malah janji tinggal janji.....

Bersatulah kita, pastikan Selangor Kembali Ke Tangan BN.....

JKKKP - Perancangan Hari Terbuka IWK (Di Selayang)

Pada 13/10/2016, JKKKP di Taman Templer bermesyuarat di pejabat IWK Daerah Gombak di Taman Selayang Mutiara membincangkan program yang akan diadakan pada 15hb Nov' 2016 (Hari Terbuka IWK). Semoga usaha ini berjalan dengan keadaan yang baik.


Thursday 13 October 2016

Hadir Taklimat Gerak Kerja PRU-14





Setiausaha UBS, hadir ke majlis taklimat dan Bengkel Gerak Kerja PRU-14 di Ibu Pejabat Perhubungan UMNO Selangor di Shah Alam.




Bantahan Penduduk Kg.Kenanga Rawang





Warga Kg.Kenanga Rawang, membantah kelulusan kerja-kerja utility kabel elektrik/paip air di jalan mawar dan jalan anggerik di kampong kenanga.

Jom Daftar Mengundi (BANDAR TASIK PUTERI)




Jom datang, mai daftar bagi mereka yang belum mendaftar.. tunailah tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia.

"PERTAHANKANLAH HAK ANDA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA"

Tuesday 11 October 2016

Kerja-Kerja Daftar Pemilih yang dilakukan oleh Pergerakan Wanita UMNO Bhg.Selayang




Tahniah dan syabas kepada Ketua Pergerakan Wanita UBS, Datin Reny kerana berkerja keras untuk memastikan Daftar Pemilih ini berjaya dan berjalan lancar.

Monday 10 October 2016

Pejabat UMNO Bahagian Selayang

Pejabat UMNO Bahagian Selayang berwajah baru. setelah berpindah dari Jln Kuang ke Tasik Biru Kundang. Pemandangan yang indah serta suasana yang damai memberi satu imej yang menarik bagi mereka yang berkunjung ke bangunan UBS.

Ketua-ketua cawangan serta seluruh ahli UMNO akar umbi dialu-alukan hadir ke Pejabat UBS bagi menyaksikan sendiri suasana dan pemadangan yang indah bila berada di pejabat UBS.

Apa-apa pun tahniah sokongan anda kepada kami.






Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Selayang yang berlangsung pada 8 Okt'2016 jam 8.30 malam bertempat di D'Anjung Tasik Biru Kundang.




Mesyuarat lebih tertumpu kepada persempadanan semula kawasan pilihanraya dan di masa yang sama semua pihak yang terlibat diarahkan untuk memastikan daftar pengundi baru dan penukaran tempat mengundi diberi perhatian yang serius.

Mesyuarat berjalan di dalam keadaan harmoni dan berakhir jam 12.00 tengah malam.